fbpx

Kapal kibar bendera Singapura langgar jambatan di Baltimore

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video menunjukkan Jambatan Utama Francis Scott yang runtuh di Baltimore. – AGENSI

WASHINGTON  – Jambatan Utama Francis Scott di bandar Baltimore runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kapal kargo, kata Pihak Berkuasa Pengangkutan Maryland (MTA) hari ini.

“Jambatan Utama I-695  runtuh selepas dilanggar kapal,” kata MTA di platform X, merujuk kepada lebuh raya rentas negeri yang melibatkan jambatan tersebut.

Justeru, MTA menggesa supaya pemandu mengelak laluan melibatkan jambatan itu yang merentasi Sungai Patapsco.

Seorang jurucakap Jabatan Polis Baltimore memberitahu saluran berita NBC News bahawa terdapat pengguna jalan raya yang terjatuh ke dalam sungai.

“Saya boleh mengesahkan bahawa pada pukul 1.35 pagi(waktu tempatan), polis Bandar Baltimore dimaklumkan tentang sebuah  jambatan yang runtuh. Kejadian  berlaku di Jambatan Utama Francis Scott,” kata Detektif Niki Fennoy.

Laman pemantauan kapal, MarineTraffic memaparkan sebuah kapal kontena mengibarkan bendera Singapura bernama Dali berhenti di bawah jambatan itu awal tadi.

Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scoot  berkata, beliau dimaklumkan tentang  kemalangan itu dan usaha menyelamat sedang dilakukan.

“Tolong mendoakan mereka yang terjejas,” kata  Olszewski di laman X. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI