fbpx

Gelar saya beremosi jika anda mahu – Elfira Loy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA kecewa melihat masih ada pihak yang menyokong produk Israel meski bumi Palestin terus bermandi darah.

PETALING JAYA – Terpanggil melihat kesengsaraan tanpa henti penduduk Palestin, pelakon Elfira Loy menyelar tindakan segelintir pihak yang masih dengan pendirian enggan memboikot produk Israel.

Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, berkata, hatinya luluh apabila melihat masih ramai yang menyokong produk keluaran Zionis sementara bumi Palestin masih dibedil sebegitu kejam.

“Berita sangat menyayat hati minggu ini (tragedi askar Israel mencabul wanita Palestin) dan menyedihkan apabila melihat segelintir daripada anda masih percaya bahawa tidak mengapa jika tak memboikot produk Israel.

“Cuba bayangkan apabila musibah ini menimpa keluarga anda sendiri dan ketika itu barulah anda akan sedar dan faham keperluan boikot.

“Meskipun tindakan boikot tidak menamatkan konflik sepenuhnya, sekurang-kurangnya anda menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan membuktikan menolak kekejaman Zionis,” katanya dalam InstaStory.

Pelakon yang popular menerusi drama Qalesya itu juga tiada masalah dilabel beremosi apabila berkaitan isu Palestin.

Dia juga mempersoalkan rasa kemanusiaan dan empati mana-mana pihak apabila memilih memberi sokongan terhadap barangan jenama Zionis.

“Gelar saya individu beremosi jika anda mahu atau apa sahaja dirasakan sesuai. Namun, secara jujur bagaimana saya tidak sedih apabila menyaksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin setiap hari?

“Paling membuatkan saya marah ialah melihat ramai masih bangga mendokong jenama yang menyokong pembunuhan beramai-ramai.

“Perkara itu sangat menghancurkan hati saya. Tak faham bagaimana mereka boleh terus menyokong jenama sebegitu sedangkan sedar tentang kesengsaraan saudara sesama Islam di Palestin,” ujarnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Elfira turut mengulang siar perkongsian sebuah akaun mengenai kisah seorang wanita Palestin yang juga hamil dirogol dengan kejam oleh askar Israel di hadapan suaminya sendiri.

Terdahulu, sejak diserang Israel pada 7 Oktober tahun lalu, angka rakyat Palestin yang terkorban sudah melepasi 30,000 manakala lebih 72,000 cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI