fbpx

Anggota bomba wajib pakai PFD ketika aktiviti selenggara bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham (tengah) hadir pada Majlis APC dan Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 tahun JBPM Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA, petang tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penambahbaikan terhadap prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian peranti pengapungan peribadi (PFD) ketika anggota menjalankan tugasan penyelenggaraan bot.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta bagi menjaga keselamatan anggota susulan kejadian lemas membabitkan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP), Allahyarham Mohd. Izwan Illias, 22 Februari lalu.

“Ada tiga SOP yang diguna pakai ketika pengoperasian di air dan juga menggunakan bot di mana dua daripadanya perlu ditambah baik khususnya elemen pemakaian PFD sebab ia tidak dinyatakan jelas.

“Sebelum ini, pemakaian (PFD) banyak difokuskan semasa operasi-operasi (penyelamatan), jadi sekarang kita tambah baik dengan mewajibkan pemakaian PFD itu semasa anggota bertugas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 tahun JBPM Pulau Pinang di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, Hisham berkata, beliau telah memperolehi laporan lengkap berhubung kes terbabit daripada jawatankuasa siasatan yang diketuai Timbalan Pengarah JBPM Kedah, Syufaat Kamaron.

Katanya, hasil siasatan mendapati punca kejadian itu adalah disebabkan oleh kemalangan dan tidak melibatkan elemen lain.

Pada 22 Februari lalu, media melaporkan Mohd. Izwan yang juga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth lemas ketika sedang menyelenggara bot di Jeti Pngkalan Marin JBPM Mak Mandin.

Mayat mangsa ditemui selepas 19 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI