fbpx

Shakira tiada lagi ‘nafsu’ bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKIRA

SELEPAS putus cinta bersama bekas kekasihnya, Gerard Pique, penyanyi terkenal, Shakira mengakui kini tidak lagi berminat untuk kembali bercinta.

Ketika dalam satu temu bual bersama Apple Music, pelantun Waka Waka itu disoal tentang pandangannya mengenai cinta dan persahabatan.

“Antara cinta dan persahabatan, apa yang paling penting dalam hidup anda?” soal pengacara, Zane Lowe.

Kata Shakira, dia lebih memilih persahabatan berbanding cinta kerana beranggapan persahabatan akan kekal lebih lama berbanding dengan percintaan.

“Saya memilih persahabatan berbanding cinta. Saya berpendapat persahabatan akan kekal lebih lama berbanding cinta.

“Walaupun percintaan itu lebih indah, namun percintaan itu juga sebenarnya lebih menyakitkan,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 47 tahun itu memberitahu bahawa dirinya tidak lagi berminat untuk menjalinkan cinta dengan mana-mana lelaki selepas ini.

“Cinta menghancurkan mimpi saya. Tidak ada lagi cinta dalam diri saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI