fbpx

Salam Perantauan 25 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WALAU jemari tidak berjabat, raga tidak bertatap, namun warkah Salam Aidilfitri tetap dititip buat sanak saudara agar jalinan sentiasa tererat. Hari raya sama dirai, walau jauh di mata, masih dekat di hati.

Daripada: Ummu Aiman Nabilah dan Sofiah Az Zahraa
Lokasi: United Kingdom

 

SALAM Ramadan dan Aidilfitri buat emak yang berada di Shah Alam, Selangor.
Ayah serta emak yang berada di Linggi, Port Dickson (Negeri Sembilan) adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai.
Semoga Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini lebih bermakna buat kita semua.

Daripada: Muhammad Badrul Amin Abd. Mutalib dan Nurul Ain Azizam
Lokasi: Budapest, Hungary

 

PEJAM celik, pejam celik hampir 13 tahun saya berada di kutub utara, Norway.
Sebelum ni, saya pernah berpuasa 20 jam pada musim panas dan kali ini musim sejuk ke musim bunga. Suhu pula, ada hari tertentu 5 darjah Celsius, ada hari tertentu boleh serendah -8 darjah Celsius di Oslo. Saya mula berpuasa 13 jam 30 minit pada hari pertama.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ibu bapa, adik-beradik dan sanak saudara yang berada di Kedah, Perak serta Selangor. Tidak dilupakan kepada kenalan dan sahabat handai yang mengenali diri ini.

Daripada: Azira Aziz
Lokasi: Oslo, Norway

 

KAMI pelajar tahun akhir di United Kingdom ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia

Daripada: Maisarah, Atiqah, Khadijah Husna, Nada, Khadijah Hani, Najiha, Nadia, Deena, Afina, Amirah, Zaty dan Ayu

Lokasi: United Kingdom

 

salam perantauan
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI