fbpx

Pilihan 130 menu berbuka puasa di Hotel Tenera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang cef menunjukkan tanda bagus semasa menghidangkan menu utama berupa kambing panggang di Hotel Tenera baru-baru ini.

PETALING JAYA – Selepas dua minggu umat Islam di negara ini berpuasa, mungkin ada yang sudah jemu menikmati hidangan di rumah dan mahu mencari kelainan dengan berkumpul bersama keluarga untuk berbuka puasa di hotel.

Pastinya hidangan di hotel tidak akan mengecewakan para pengunjungnya apatah lagi bagi mereka yang memilih Hotel Tenera di Bangi yang menampilkan barisan menu sehingga 130 menu untuk memenuhi selera pengunjung daripada pelbagai peringkat umur yang berusia kanak-kanak hingga dewasa dan warga emas.

Hidangan tersebut disajikan melalui konsep Bazar Ramadan dengan menampilkan lebih 40 gerai yang mana setiap satu menawarkan menu khusus yang menyelerakan.

Bertemakan ‘Lip-Lap Lip-Lap’, selebriti Rozita Che Wan telah dilantik sebagai  wajah bufet Ramadan Hotel Tenera tahun ini bagi menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke hotel yang  telah menerima anugerah berprestij  ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia. 

Pengurus Besar Hotel Tenera,  Fadzly Hamzah berkata, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di bazar Ramadan.

“Kombinasi menu termasuk makanan kampung, arab dan barat dengan nama panggilan unik membuatkan Hotel Tenera menjadi pilihan mereka yang suka menikmati makanan tempatan.

“Kemudahan yang disediakan seperti surau dengan solat terawih berjemaah dan juga bilik hotel dengan pakej sahur pada harga menarik pastinya menggalakkan orang ramai membuat tempahan di sini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Fadzly menerangkan, antara gerai di situ menghidangkan  masakan panas, bakar,  sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman. 

Menu lain adalah seperti nasi kambing Apollo, nasi ayam buluh betung, sup gear box kampung utara, gerai satay kicap, Omar Maju rojak Padang Kota, shawarma, kentang sangkut Mania, kopi arang panggang live, teh chai, air ais blended, ais krim sang kaya.

Terdapat juga hidangan lain seperti kepala salmon Jawa teriyaki, lidah bakar masih terasa, ikan bakar sumbat, shellout, rendang Tok Perak, daging asam kunyit, siput sedut masak lemak, urat keting asam pedas, sotong goreng simbah percik, daging tetel gulai rebung, ikan talang gulai nenas, ayam ungkep dan sembilang masak lemak daun kunyit

“Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah  hasil air tangan Cef Eksekutif Hotel Tenera, Cef Sahisal Azrul Mat Said.

“Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami,” ujarnya.

Bufet Ramadan Hotel Tenera adalah RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI