fbpx

Mayat 5 pelarian Rohingya ditemui selepas bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS) mencari pelarian Rohingya yang hilang dekat Calang, Aceh Barat, pada 23 Mac 2024. - AFP

JAKARTA – Mayat sekurang-kurangnya lima pelarian Rohingya ditemui di luar pantai paling barat Indonesia selepas sebuah bot yang dipercayai membawa kira-kira 150 orang karam minggu lalu, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Penyelamat Indonesia membatalkan misi pencarian pelarian Rohingya pada Jumaat lalu selepas 75 orang diselamatkan.

Tindakan itu dilakukan walaupun terdapat laporan daripada mangsa-mangsa yang selamat bahawa berpuluh-puluh orang dihanyutkan arus apabila bot mereka terbalik beberapa hari sebelumnya.

“Satu lagi mayat ditemui,” kata Pegawai Perlindungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Faisal Rahman kepada agensi berita AFP.

Jurucakap UNHCR Indonesia, Mitra Suryono berkata, empat mayat ditemui di luar pantai daerah Aceh Jaya di hujung utara Sumatera, manakala satu lagi di Aceh Barat.

Bot tersebut dilaporkan karam 30 kilometer dari pantai.

Khamis lalu, pihak berkuasa Indonesia menyelamatkan 69 pelarian Rohingya yang hanyut di laut selama berminggu-minggu sebelum bot dinaiki mereka terbalik.

Kebanyakan mangsa ditemui berpaut pada badan bot yang terbalik.

Dari pertengahan November lalu hingga akhir Januari lepas, 1,752 pelarian Rohingya dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, mendarat di wilayah Aceh dan Sumatera Utara di Indonesia, demikian menurut UNHCR. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI