JAKARTA – Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai wanita dengan memakai jubah hitam serta berniqab, lapor laman berita Tribun Jabar semalam.
Kejadian berlaku di Masjid Jannatul Firdaus, Bandar Makassar dalam wilayah Sulawesi Selatan, petang semalam.
Lelaki tersebut dilaporkan memasuki masjid sebelum ditahan dan disoal siasat oleh pihak masjid berkenaan.
Ketua Polis Manggala, Komisioner Polis Syamsuardi berkata: “Lelaki itu telah ditangkap. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi di sebuah masjid.”
Identiti pelaku masih belum diketahui, manakala dia telah dijamin di Ibu Pejabat Polis Manggala.
“Kami telah menahannya di balai polis untuk mengawal perkara yang tidak diingini. Polis masih menyiasat mengenai kebarangkalian wujudnya unsur jenayah,” kata Syamsuardi. – AGENSI