GARA-GARA gambar mesra tersebar, pelakon Kim Soo-hyun dan Kim Sae-rom didakwa sedang menjalin hubungan cinta.
Semuanya berlaku selepas Sae-ron memuat naik foto berlaga pipi seperti pasangan kekasih bersama Soo-hyun dalam Instagramnya.
Difahamkan, wanita berusia 23 tahun itu memuat naik hantaran tersebut pada pukul 1 pagi dan kemudian memadam perkongsian terbabit selepas 23 saat dimuat naik.
Dipercayai, Sae-ron memuat naik gambar tersebut secara tidak sengaja sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya hubungannya dengan pelakon drama It’s Okay Not To Be Okay itu.
Dalam masa sama, pihak pengurusan Soo-hyun iaitu Gold Medalist menafikan bahawa pasangan itu sedang bercinta selain keliru tujuan utama aktres itu memuat naik hantaran terbabit.
“Gosip berkaitan Soo-hyun adalah tidak benar. Gambar yang diambil pula ketika mereka masih si bawah agensi sama.
“Kami sendiri tidak pasti niat sebenar Sae-ron memuat naik hantaran tersebut,” kata wakil syarikat berkenaan. – KOSMO! ONLINE