fbpx

Kim Kardashian anggap Hermes barang murahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM KARDASHIAN

SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian menarik perhatian ramai ketika hadir menonton perlawanan bola keranjang membabitkan pasukan NBA menentang Golden State Warriors, baru-baru ini.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah, selebriti berusia 43 tahun yang dilihat hadir dengan anak lelakinya, Saint West turut menggayakan beg tangan berjenama mewah, Hermes yang dianggarkan bernilai AS$40,000 (RM187,339).

Ketika duduk di kerusi penonton, Kardashian bagaimanapun bersahaja meletakkan beg tangan rona coklat gelap berharga ratusan ribu ringgit itu di atas lantai, seolah-olah beg tersebut tidak berharga baginya.

Tindakan bekas isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu membuatkan ramai netizen terkesima biarpun cukup faham itulah lumrah bagi selebriti yang meraih pendapatan jutaan dolar.

“Beg tangan Hermes diletakkan di atas lantai? Saya sendiri takut meletakkan beg tangan saya yang dibeli di pasar raya di atas lantai, bimbang akan dicuri,” ujar seorang netizen.

“Harga beg tangan Hermes yang digayakan Kardashian itu merupakan antara koleksi paling cantik pernah saya lihat,” kata seorang lagi pengikutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI