fbpx

Kami rehatkan pegawai polis Islam waktu berbuka – Anbalagan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anbalagan (tiga dari kiri) ketika membuat rondaan di bazar Ramadan Taman Puncak Jalil, di sini hari ini.

SERI KEMBANGAN – Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan hari ini turun padang dan meluangkan masa berbuka puasa dengan anggota polis yang bertugas pada bulan Ramadan.

Menurut Anbalagan, majlis berbuka puasa tersebut diadakan untuk menghargai jasa para pegawai yang juga merupakan barisan hadapan dalam menjaga keselamatan awam.

Beliau berkata, sempena bulan Ramadan, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang mengambil inisiatif untuk merehatkan pegawai polis beragama Islam sekitar pukul 7 hingga 8 malam untuk berbuka puasa.

“Kekosongan ini kita akan ganti dengan pegawai polis bukan Islam. Walaupun (masa berbuka) tidak lama, tetapi itulah niat kita iaitu untuk memberi kelapangan kepada anggota bergama Islam untuk berbuka.

“Bagaimanapun, kita perlu lihat juga pada situasi ramai atau tidak pegawai bukan Islam bertugas pada hari tersebut,” katanya di Program Berbuka Puasa KPD Serdang bersama anggota lapangan di pekarangan bazar Ramadan Taman Puncak Jalil, di sini hari ini.

Tambah Anbalagan, program berbuka puasa tersebut turut dijalankan sebagai tanda terima kasih beliau kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Polis Ke-217 yang disambut hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI