fbpx

Jangan pandang rendah judi dalam talian – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan tidak memandang rendah ancaman jenayah perjudian dalam talian yang mampu menggugat keselamatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memberi contoh beberapa tokoh dan pimpinan tertinggi polis di negara jiran yang terpalit dengan isu jenayah perjudian dalam talian.

“Di Indonesia beberapa bulan lalu, seorang tokoh kanan polis ditangkap terlibat jenayah dan perjudian dalam talian. Tiga hari lalu, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara Thailand berundur susulan kegiatan judi dalam talian.

“Saya beri gambaran bukan nak takutkan KPN (Ketua Polis Negara), tapi untuk nyatakan bahawa, alhamdulillah Malaysia masih tahap membanggakan,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagaimanapun PDRM juga perlu bersiap siaga bagi menghadapi ancaman berkaitan teknologi tersebut.

“Ia bukan perkara mudah dan bahagian jenayah komersial (perlu) sesuatu yang baharu dan canggih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI