fbpx

Jabatan Penjara sasar jualan kuih raya cecah RM2.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun melihat seni tenunan kraf tangan semasa melawat pameran pada Hari Bersama Jabatan Penjara Malaysia di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Penjara menyasarkan hasil jualan kuih raya diusahakan penghuni di institusi itu mampu mencecah angka lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, pihaknya yakin dapat meraih RM2.2 juta sepanjang bulan Ramadan pada kali ini.

“Saya terkejut apabila lihat sambutan hangat ke atas produk tersebut kerana tahun lalu, kita hanya merekodkan nilai jualan kira-kira RM1.9 juta,” katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Bersama Jabatan Penjara Malaysia di Istana Kehakiman yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan terus memperkasakan bidang latihan vokasional dan industri melibatkan kesemua 43 buah institusi penjara di seluruh negara.

“Setiap penjara ada kelebihan tersendiri, contohnya Pantai Timur fokus kepada produk fabrik manakala Pantai Barat menumpukan kepada makanan seperti kuih raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI