fbpx

Gaya Riang Raya Sunway Carnival Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERAI rempah menggunakan bahan kitar semula termasuk daripada beg guni yang digunakan untuk membungkus rempah ratus setiap hari.

DALAM kemeriahan menyambut Ramadan pada ketika ini, orang ramai juga tidak sabar menantikan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi dengan membuat pelbagai persiapan untuk merayakannya bersama keluarga dan sahabat handai.

Berikutan itu, Sunway Carnival Mall menawarkan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan acara mengujakan dan tawaran eksklusif khas untuk para pengunjung.

Tahun ini, pusat beli-belah Sunway itu memilih tema ‘Gaya Riang Raya’ untuk meraikan para pengunjung membuat persiapan hari raya bermula 14 Mac hingga 14 April 2024.

Sambutan hari raya di Sunway Carnival Mall sangat meriah dengan adanya souk  (pasar berkonsep Asia Barat) yang mana pesona pasar tradisional digabungkan dengan hiasan penuh gaya untuk memeriahkan lagi semangat perayaan.

Pengunjung dapat melihat keindahan bazar berwarna-warni yang mempamerkan gerai-gerai dihiasai dekorasi unik.

Setiap sudut atrium pusat beli-belah direka dengan teliti untuk menggalakkan penyertaan interaktif dan memberi anda peluang bergambar kenangan bersama insan tersayang.

SUNWAY Carnival Mall menampilkan gerai berkonsep Asia Barat (souk) dengan dekorasi yang cukup indah dan mempesona.

Pembeli boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kebudayaan, mengabadikan detik-detik terindah dan berseronok dengan pelbagai kejutan.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chai Wen Yew berkata, pihaknya juga menyokong dedikasi kepada Matlamat Pembangunan Mampan dengan menggunakan bahan hiasan yang mesra alam.

“Sebagai contoh, gerai rempah menggunakan bahan kitar semula termasuk daripada beg guni yang digunakan untuk membungkus rempah ratus setiap hari dan kon  kertas yang diperoleh daripada percetakan.

“Kon kertas biasanya dibuang selepas digunakan tetapi kini, ia diberi kehidupan baharu sebagai hiasan yang menawan untuk gerai rempah.

“Selain itu, bingkai tanglung kami yang indah juga diperbuat daripada kayu tebus guna sekali gus, menjadi bukti komitmen kami untuk kelestarian alam sekitar.

Tambah beliau, terdapat juga pelbagai program dan aktiviti yang disusun rapi untuk disertai seisi keluarga dengan menawarkan pengalaman bermakna untuk semua lapisan usia.

Dari bengkel kraftangan hingga persembahan tradisional, terdapat banyak peluang untuk pengunjung menyertainya bersama orang tersayang.

SAMBUTAN hari raya di Sunway Carnival Mall sangat meriah dengan adanya dekorasi yang sangat indah untuk memberi peluang kepada pengunjung merakam kenangan manis bersama insan tersayang.

Pembeli juga berpeluang memenangi hamper hadiah daripada Famous Amos dan Jaya Grocer serta hadiah gaya hidup daripada Pandora, Bath & Body Works dan pelbagai lagi.

Tahun ini, pusat beli-belah Sunway bekerjasama dengan artis tempatan yang berbakat besar, Nas Nasuha untuk menghasilkan siri reka bentuk paket raya yang eksklusif dan unik.

Di samping itu, ahli Sunway Super App boleh memperoleh sehingga 30X mata ganjaran untuk membeli-belah pada musim perayaan dan menambah lebih nilai kepada pengalaman mereka.

Terdapat juga Agrofiesta Aidilfitri yang terletak di aras bawah (LG) yang merupakan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pusat beli-belah Sunway.

Agrofiesta Aildilfitri menempatkan 19 gerai dengan pelbagai jenis kuih, makanan tempatan, aksesori dan banyak lagi untuk anda pilih bermula 14 Mac hingga 9 April 2024.

Yew berkata, raya mewakili prinsip ikatan kekeluargaan, pengampunan dan kembali baharu.

“Marilah kita meraikan perpaduan dan menghargai masa yang bersama orang tersayang.

“Saya menyeru orang ramai berkunjung ke Sunway Carnival Mall untuk membeli persiapan raya dan merasai pengalaman luar biasa dengan aktiviti yang disediakan serta bazar souk yang mempesona,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Carnival Mall, orang ramai boleh layari laman webnya di www.sunwaycarnival.com atau media sosialnya di Facebook dan Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI