fbpx

FIFA luluskan padang Bukit Jalil untuk perlawanan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan padang SNBJ terkini yang dimuat naik Hannah di aplikasi X.

PETALING JAYA – Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menerima kelulusan daripada FIFA Match Commissioner (MC) untuk perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman, malam esok.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan perkara tersebut menerusi hantaran di aplikasi X, sebentar tadi.

“Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan dan penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu,” katanya.

Mengulas mengenai latihan yang tidak dapat dijalankan di SNBJ, Hannah berkata, MC tidak membenarkannya susulan hujan lebat pada waktu petang.

Kosmo! sebelum ini melaporkan keadaan padang SNBJ menjadi tanda tanya selepas penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada penghujung bulan lalu.

Hasil tinjauan Kosmo! mendapati, permukaan padang seakan berada dalam kritikal apabila banyak kawasan dilihat masih lagi tidak rata dan belum dipenuhi rumput seolah-olah belum bersedia untuk menjadi tuan rumah aksi itu nanti.

Bagaimanapun, dalam hantaran sama, Hannah turut memuat naik foto padang SNBJ terkini yang dilihat telah pulih dan berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan pada perlawanan esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI