fbpx

DBKL sita barangan penjaja warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang niaga penjaja warga asing yang telah disita oleh penguat kuasa DBKL dalam pemeriksaan di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita barang niaga milik penjaja warga asing.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, sitaan tersebut dijalankan semasa anggota penguat kuasa menjalankan rondaan di sekitar Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

“Kami dapati terdapat seorang lelaki warga Bangladesh sedang menjalankan aktiviti penjualan buah-buahan dan sayur-sayuran di kaki lima,” katanya.

Menurut DBKL, kesemua barang jualan tersebut telah dibawa ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI