PENYANYI Bruno Mars terpalit kontroversi apabila dikhabarkan mempunyai hutang berjumlah AS$50 juta (RM234 juta) natijah aktiviti perjudian bersama syarikat kasino terkenal, MGM Resorts.
Dakwaan tersebut sekali gus memburukkan nama Mars yang selama ini dilihat sebagai selebrtiti yang mempunyai imej dan personaliti bersih.
Pihak pengurusan MGM Resorts bagaimanapun tampil menafikan khabar angin tersebut, malah memberitahu pelantun lagu 24K Magic itu merupakan antara penyanyi dihormati di kasino tersebut.
Kata wakil MGM Resorts, Mars telah menjalinkan kerjasama dengan pihaknya sejak 2016 dan menjadi antara penghibur yang sering membuat persembahan di situ.
Pada masa sama, Mars sendiri turut menyangkal laporan mendakwa dirinya seorang kaki judi. Biarpun begitu, Mars tidak malu mengakui pernah berjudi ketika berusia 19 tahun dan telah kehilangan ratusan ribu dolar hanya dalam satu malam.