fbpx

Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung anggota Perhilitan yang cedera dirempuh gajah di Felda Cherul, Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu yang sedang melakukan pemantauan haiwan liar, cedera dirempuh seekor gajah di kawasan hutan berhampiran Felda Cherul, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, lelaki berusia 50-an itu mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan dada.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, gajah berkenaan tiba-tiba meluru dari belakang lalu merempuh mangsa sehingga tercampak sejauh beberapa meter.

Mohd. Hafiezul berkata, rempuhan tersebut menyebabkan anggota berkenaan tidak dapat bergerak dan terpaksa diusung keluar hutan sejauh kira-kira dua kilometer.

“Mangsa diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI