fbpx

61 individu didakwa urus rumah judi di kompleks beli belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman SPRM berikutan disyaki terlibat rasuah melindungi aktiviti haram sekitar ibu negara.

SHAH ALAM – Seramai 61 individu dihadapkan secara berasingan di empat Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membantu menguruskan rumah judi terbuka di sebuah pusat beli belah, minggu lalu.

Kesemua tertuduh warga tempatan berusia 20 hingga 40-an itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan majistret masing-masing.

Pertuduhan ke atas mereka termasuk lebih 10 wanita itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Reza Azhar Rezali; Muhammad Syafiq Sulaiman; Farah Rosnan dan Sasha Diana Sabtu.

Berdasarkan pertuduhan, 58 tertuduh didakwa membantu menguruskan sebuah premis sebagai sebuah rumah judi terbuka. Tiga daripada mereka pula didakwa melakukan pakat jahat jenayah untuk membantu mengendalikan premis tersebut.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kompleks beli belah di Subang Jaya, kira-kira pukul 3.15 petang, 18 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman; Kamarul Iman Ahmad Sapian; Saidah Fasihah Che Yussoff dan Annur Athirah Amran menawarkan kos ikat jamin berjumlah RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Empat majistret kemudian membenarkan kos jaminan antara RM4,000 hingga 6,000 bagi setiap tertuduh dan sebutan semula kes bagi serahan dokumen ditetapkan pada 15 Mei dan 11 Jun depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI