fbpx

[VIDEO] Treler terbalik, laluan ke Terowong Menora terhalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LALUAN dari Ipoh ke Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan terhalang ekoran berlaku kemalangan disebabkan treler terbalik dengan muatan merintangi jalan dalam kejadian hari ini. - Foto IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Semua lorong di Lebuh Raya Utara-Selatan dari laluan Ipoh ke Terowong Menora ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan sebuah treler muatan serbuk besi yang terbalik dan merintangi jalan.

Penutupan itu juga dibuat bagi kerja-kerja pembersihan yang disebabkan kemalangan di Kilometer (KM) 262.9 arah utara.

Setakat pukul 8.33 pagi ini, Plustrafik dalam ciapannya di aplikasi X memaklumkan, laluan kontra diaktifkan di laluan KM262.65 hingga KM263.75.

“Trafik kini bergerak perlahan. Bagi mengurangkan kesesakan, pengguna jalan raya yang dalam perjalanan ke utara dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Ipoh (S),” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat treler terbalik dengan muatan merintangi jalan itu diterima pada pukul 6.53 pagi ini.

Katanya, kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

“Tiada mangsa tersepit, setakat ini operasi pembersihan sedang dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI