fbpx

[VIDEO] Shuib dikecam, kongsi kisah Dekta pertama kali datang bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib dikecam netizen kerana terlalu terbuka berkongsi kisah anak perempuannya, Dekta yang kini sudah datang haid. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Pelawak dan penyampai radio, Shuib berdepan kecaman netizen apabila terlalu terbuka berkongsi tentang anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra atau Dekta yang kini sudah datang haid.

Sebilangan besar netizen menasihatkan agar bapa kepada empat cahaya mata itu menyimpan perkara peribadi termasuk hal datang bulan anak gadisnya.

Malah, rata-rata membandingkan keterbukaannya membangkitkan kisah seumpama itu secara terbuka dengan masyarakat era lalu yang seboleh-bolehnya cuba berahsia.

“Dulu orang senyap-senyap, sekarang canang merata ceruk. Hilang sifat malu,” tulis seorang pemilik akaun Instagram.

“Simpan hal ini dalam keluarga sendiri okey kot. Tak perlu bagi tahu seluruh dunia. Kesian anak kalau ada yang usik pada kemudian hari,” kata netizen lain.

“Kalau Dekta besar nanti, dia tengok video ini diulang siar (repost) orang lain, apa perasaan dia,” ujar seorang pengikut.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, memuat naik video yang menunjukkan dia menitiskan air mata apabila anak perempuan tunggalnya iaitu Dzahira Talita Zahra atau Dekta kini sudah datang haid.

Shuib dilihat memeluk puterinya sambil mengatakan anaknya itu sudah memasuki alam dewasa dan bakal mengenang peristiwa tersebut buat selama-lamanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendoakan permata hati yang sudah menginjak usia 11 tahun itu menjadi wanita solehah dan hebat dunia akhirat.

Begitupun, masih ramai peminat yang berkongsi rasa terharu dengan transisi dilalui keluarga tersebut serta mendoakan kesejahteraan gadis kecil terbabit serta adik-beradiknya.

Selain Talita, rumah tangga Shuib dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin diserikan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.- KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI