fbpx

[VIDEO] Arau hujan selepas dua bulan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan hujan di kawasan Pauh, Arau pada 12 Ramadan semalam.

PETALING JAYA – Hujan mula membasahi bumi Arau semalam, tetapi penduduk di beberapa kawasan di Perlis seakan ‘cemburu’ apabila lokasi mereka masih panas ‘berdenting’.

Menerusi perkongsian video TikTok @mdmnanienanazri, katanya hujan yang agak lebat itu mula menimpa kawasan rumahnya yang terletak di Kampung Pauh, Arau.

Bagaimanapun, dia yang teruja dan terkesima dengan penurunan hujan ini meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi.

“Alhamdulillah, kami dah dua bulan tak hujan. Panehmpai (panas sampai) 50 darjah Celsius.. dugaan betul.

“Hari ini hujan membasahi bumi Perlis pada jam 6.00 petang. 12 Ramadan.. Subhanallah. Terima kasih Allah,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati, hujan lebat ini hanya melanda beberapa kawasan sekitar Arau sahaja dan bukannya keseluruhan negeri Perlis.

“Perlis hujan tang mana, Besen ke Padang Besar tak ada pun,” komen Abah.

“Chuping, Balai Baru, Bukit Keteri tak hujan pun, hangat lit-lit (panas terik),” komen Amalina.

“Jejawi, Changlun, Kuala Perlis, dan Simpang ada juga hujan sikit tiga empat titik tadi,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

@mdmnanienazri Alhamdulillah Kami dah 2 bulan x hujan. Panehmpai 50°C….. Dugaan btul. Hari ni Hujan membasahi bumi Perlis pada jam 6.00 petang. 12 Ramadhan…. Subhanallah. Tq Allah. #perlis ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI