fbpx

SPRM tahan pegawai kanan polis lindungi aktiviti haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan yang bertugas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Ia selepas suspek dipercayai terlibat melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Sehubungan itu, pegawai kanan polis yang bertugas di sebuah jabatan telah ditahan di Putrajaya.

Difahamkan, hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi proses siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI