fbpx

Pendaftaran Padu dijangka meningkat saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir beramah-mesra bersama penduduk ketika meninjau program Padu Hour Mega di Butterworth, hari ini. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Jumlah pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dijangka meningkat saat terakhir, sebelum tarikh tutup pada 31 Mac ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pendaftaran menerusi portal itu direkodkan meningkat apabila lebih 300,000 rakyat mengemas kini data masing-masing setiap hari.

Menurut beliau, pihaknya memahami sikap kebanyakan individu yang gemar melakukan pendaftaran pada saat akhir dan dijangkakan semakin bertambah dalam tempoh berbaki lapan hari.

“Memang selari dengan kebiasaan rakyat yang merasakan masih ada masa tapi kita tak nak terjerat dan terperangkap di saat akhir sebab kita mengetahui kita mempunyai lebar jalur (bandwidth) yang ada limitasi.

“Walau bagaimanapun, kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan meningkatkan lebar jalur bagi mengelakkan kesesakan aliran trafik portal Padu.

“Setakat ini, sistem berjalan lancar malah saya merasakan ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana portal ini tidak pernah terhenti walaupun satu minit dan dapat digunakan 24 jam sejak dilancarkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Padu Hour Mega’.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pulau Pinang merekodkan sebanyak 37 peratus membabitkan 404,000 penduduk yang sudah mendaftar PADU setakat ini.

Katanya, pihaknya turut merancakkan lagi program fizikal dan turun ke lapangan bagi membantu kelompok daerah atau kawasan yang memerlukan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI