fbpx

Makan malam paling mahal berharga RM2.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SpaceVIP mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dengan cef bertaraf Michelin, Rasmus Munk, untuk mencipta pengalaman makan di luar dunia. – SPACE PERSPECTIVE / SWNS

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah syarikat aeroangkasa dari New York menawarkan pengalaman makan malam paling mahal iaitu di angkasa lepas, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Menurut SpaceVIP, ia akan membawa enam pengunjung menaiki kapal angkasa menyerupai belon dinamakan Space Perspective Neptune. Ia menelan kos sebanyak AS$495,000 (RM2.3 juta) setiap seorang.

Firma tersebut turut bekerjasama dengan cef bertaraf Michelin, Rasmus Munk dari Restoran Alchemist, Copenhagen, untuk mencipta pengalaman makan di luar Bumi.

Perjalanan selama enam jam yang akan dilancarkan pada 2025 dari Florida itu akan berlepas menggunakan Space Perspective Neptune. Ia akan naik perlahan-lahan sehingga ketinggian lebih 32 kilometer.

Pengunjung yang menyertai makan malam itu akan dapat menikmati pemandangan luar biasa Bumi menerusi tingkap besar.

Firma fesyen dari Perancis, Ogier akan melengkapkan menyediakan pakaian khas kepada penumpang yang direka menggunakan teknologi dan fabrik canggih.

Munk berkata: “Keasyikan adalah penting kepada masakan holistik, dan cita-cita saya adalah untuk menggabungkan gastronomi dengan seni serta sains untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu sosial dan alam sekitar.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI