fbpx

Ingat cuaca panas rupanya rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
17 keluarga hilang tempat tinggal selepas 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah, Likas awal pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA KINABALU – Sebanyak 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah, Likas awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 2.30 pagi itu, beberapa keluarga baru sahaja bangun bagi mempersiapkan juadah bersahur sebelum menyedari berlaku dibakaran. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Salah seorang mangsa, Azwan Mailan, 37, berkata, dia terjaga selepas terasa bahang, namun menyangka ia adalah disebabkan cuaca panas yang melanda ketika ini.

Azwan menyatakan dia kemudiannya bangun mahu mempersiapkan diri untuk bersahur, namun terkejut apabila api sedang marak di bahagian depan rumah.

“Saya terus kejutkan isteri dan adik-beradik lain untuk keluar daripada rumah.

“Saya cuba memadam api menggunakan air yang diisi di dalam baldi, tetapi tindakan itu gagal kerana api semakin marak.

“Walaupun kami sekeluarga kini hanya tinggal sehelai sepinggang, namun saya bersyukur kami semua terselamat,” katanya memaklumkan rumah bapa serta abangnya turut musanah dalam kebakaran terbabit.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 3.11 pagi sebelum seramai 26 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), Water Tanker dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI