fbpx

Guru jadikan anak kandungan media sosial boleh lapor MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIE CHING (tiga dari kanan) menyempurnakan Program Serahan Sumbangan Masjid dan Surau Parlimen Kulai di pusat beli-belah Aeon Mall Kulai, Johor.

KULAI – Ibu bapa dan penjaga diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya anak-anak jagaan mereka dijadikan kandungan media sosial oleh guru sekolah tanpa keizinan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kebenaran ibu bapa atau penjaga murid itu adalah penting bagi memastikan tiada mana-mana pihak dieksploitasi demi kepentingan peribadi.

Menurut beliau, garis panduan berhubung etika penggunaan media sosial dalam kalangan guru sudah dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Kementerian Komunikasi memang tiada garis panduan khusus berhubung guru menggunakan media sosial, namun KPM telah keluarkan sejak 2017. Malah, Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) beberapa kali mengingatkan perkara tersebut.

“Sehubungan itu, sekiranya MCMC terima aduan penggunaan gambar atau rakaman video murid tanpa kebenaran, kita mempunyai kuasa untuk menurunkan ‘content’ tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Serahan Sumbangan Masjid dan Surau Parlimen Kulai di sini hari ini. Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Mohd. Fahmi Salam.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai memberitahu, peraturan tersebut terpakai untuk semua platform media sosial yang beroperasi di negara ini.

“Kita akan berhubung dengan pengendali media sosial sekiranya ada aduan berkaitan. Ini terpakai untuk semua platform media sosial,” ujarnya.

Dalam program itu, Nie Ching menyampaikan sumbangan berjumlah RM87,000 kepada 29 buah masjid dan 58 surau dalam Parlimen Kulai sempena Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI