fbpx

Cuaca buruk di sebelah petang Pantai Barat Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca buruk dengan amaran hujan lebat, ribut petir, dan angin kencang di Pantai Barat Semenanjung dan Sarawak menjelang petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku di beberapa kawasan di selatan Kedah, Pulau Pinang, Lembah Klang, Perak dan barat Johor (Muar, Batu Pahat, dan Pontian).

“Ribut petir di sebelah petang ini dijangka akan berlaku selama tempoh satu hingga dua jam dan akan beransur reda menjelang malam,” ujar MetMalaysia.

Sementara itu, di Sarawak pula ribut petir di satu dua tempat yang tertumpu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI