fbpx

Bapa, anak maut MPV bertembung trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua mati di Kilometer 16 Keningau-Apin-Apin pagi tadi.

KENINGAU – Seorang bapa dan anak perempuannya maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah trak pikap di kilometer 16, Keningau-Apin-Apin pagi tadi.

Mangsa yang maut iaitu pemandu Toyota Avanza, Masino Gelong, 45, dan anaknya, Claeryina Mecthildis, 3.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Chelrina Philip, 33, bersama empat lagi anak pasangan itu dikenali sebagai Mattheo Charbel, 2, Mica Chelsino, 7, Charlene Myra, 9, Camellia Mae, 11, mengalami kecederaan parah di kepala.

Semua mangsa yang parah kini sudah ditempatkan di Zon Merah di Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kemalangan terdiri dua kenderaan jenis Toyota Avanza dan Nissan Navara.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kenderaan Nissan Navara dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun bersama dua penumpang bergerak dari arah Apin-Apin menuju ke Keningau, manakala kenderaan Toyota Avanza dipandu Masino bergerak dari arah Keningau menuju ke Apin-Apin bersama isteri dan lima anak mereka.

“Bagaimanapun, Toyota Avanza dinaiki sekeluarga itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Nissan Navara.

“Ekoran pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terpusing dan terbabas ke sebelah kiri dan kanan bahu jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI