fbpx

Babak drama Ruhainies ditanam hidup-hidup tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terus menjadi bahan kecaman, ramai bersetuju Ruhainies diperlakukan seperti dalam drama gara-gara kontroversi dengan Aliff Aziz.

PETALING JAYA – “Tanam sahaja yang ini (Ruhainies). Satu Malaysia sokong.”

Demikian antara komen netizen selepas pelakon Idzham Ismail memuat naik babak drama Terjerat yang menunjukkan heroin drama bersiri itu, Ruhainies ditanam hidup-hidup.

Menerusi klip video terbabit, Idzham dilihat memegang watak antagonis cuba membunuh pelakon wanita tersebut.

Melihatkan perkongsian itu, ramai bersetuju untuk menanam pelakon sensasi itu gara-gara kontroversi dengan hero drama terbabit iaitu Aliff Aziz.

“Pertama kali saya sokong watak jahat. Tanam dia,” kata netizen.

“Ya! Kami suka yang ini. Tanamlah dia dalam-dalam,” ujar pengikut.

“Tanam sahaja dalam-dalam dan cakap dengan pengarah tidak perlu keluarkan balik,” tutur peminat.

Terdahulu, nama pelakon asal Pulau Pinang itu menggelegak gara-gara kes khalwat dengan Aliff yang juga suami kepada rakan baiknya, Bella Astillah.

Selepas insiden 9 Mac lalu, Ruhainies terus mencuri tumpuan netizen dalam media sosial sementelah dia dilihat memberi tanda ‘like’ pada posting atau hantaran yang dimuat naik ibu Aliff Aziz dalam Instagram.

Selain Ruhainies, ibu Aliff Aziz iaitu Hafiza dilihat kerap memuat naik perkongsian doa dalam Instagram Story yang disifatkan netizen ‘terpaling suci’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI