fbpx

Tindakan tegas jika beri merpati makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompaun dikenakan kepada individu yang membuang sampah termasuk memberi sisa makan kepada burung merpati di George Town.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati membuang sampah dan sisa makanan merata-rata termasuk kepada burung merpati di pusat bandar ini.

MBPP berkata, tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Seksyen 47(1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, termasuk tindakan mahkamah ke atas pesalah yang tegar dan masih ingkar serta yang gagal membayar kompaun.

“Pemberi makanan seperti ini mungkin beranggapan mereka bersifat baik hati dan pengasih, namun sebenarnya tindakan ini menjejaskan tahap kebersihan dan kesihatan awam di samping menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk.

“Oleh yang demikian, MBPP akan bertindak tegas ke atas mereka yang didapati membuang sampah dan sisa makanan merata-rata.

“Majlis tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun sebanyak RM250 kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah dalam operasi anti-litter ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut MBPP, bermula 1 Januari hingga 19 Mac lalu, sebanyak 93 notis tawaran kompaun kesalahan anti-litter telah dikeluarkan termasuk lima kompaun kepada individu yang membuang sisa makanan kepada burung merpati.

“Jumlah burung merpati yang ditangkap pada tahun 2023 sahaja adalah 6,606 ekor berbanding 5,020 ekor pada 2022.

”Majlis juga terpaksa membelanjakan kos tambahan untuk mencuci tempat awam seperti siar kaki yang penuh dengan najis burung yang bersifat asidik dan menghakis serta boleh menjejaskan kesihatan manusia dan merosakkan harta awam,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI