fbpx

Southgate resah tanpa kelibat Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS (kanan) mungkin menjadi sandaran Southgate untuk mengetuai jentera serangan England ekoran kecederaan Kane. - FB ENGLAND FOOTBALL TEAM

LONDON – Pengurus England, Gareth Southgate dipaksa mengerah idea lebih segar untuk menyiapkan skuad terbaik bagi menghadapi Brazil pada aksi persahabatan di Stadium Wembley awal pagi esok.

Ketika ini, ketua pasukannya, Harry Kane, Jordan Henderson dan Cole Palmer sudah pun terlepas latihan penuh dan ia memberi tamparan besar kepada Southgate bagi hadapi perlawanan pemanas badan dengan Brazil dan Belgium.

“Saya benar-benar tidak tahu jawapan sebenar dan ia akan bergantung kepada cara kami mahukan dan profil pasukan. Saya fikir Ivan (Toney) adalah salah seorang pencabar bagi mengisi peranan itu dan sudah pasti kemunculan semula begitu penting buatnya.

“Dia sudah pun buktikan sejak kehadiran semulanya ke dalam skuad Brentford. Begitu juga dengan Ollie (Watkins) yang cemerlang sepanjang musim ini.

“Saya perlu katakan yang pengurus Aston Villa, Unai Emery sudah pun melakukan tugasnya dengan baik dan Ollie berjaya mendapatkan manfaat daripadanya,” katanya.

Jika Kane kekal tidak dapat beraksi, Southgate kini mempunyai pilihan untuk memberikan peluang kepada Watkins and Toney selepas kedua-duanya tampil cemerlang dalam beberapa aksi domestik setakat ini.

Sementara itu, pemain muda Manchester United, Kobbie Mainoo yang mendapat panggilan sulung bersama skuad senior berharap dapat diberi peluang bagi membolehkannya buktikan sesuatu untuk merebut tempat ke saingan Euro 2024, Jun ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI