fbpx

Serangan kebakaran Selatan Thailand: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kawasan di Selatan Thailand yang diserang awal pagi semalam. Foto oleh AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas ekoran beberapa serangan kebakaran berlaku di Pattani, Yala dan Narathiwat, wilayah-wilayah di selatan Thailand pada awal pagi semalam.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang memantau rapat perkembangan insiden itu dan sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” katanya tadi.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla beralamat di No 4, Sukhum Road, Tambon Boryang Muang District Songkhla, No. Telefon : +(6674) 316 274 / +(6693) 6570707 dan Emel : [email protected].

Menurut media, Pattani, Yala dan Narathiwat menjadi sasaran satu gelombang serangan bakar jahat dan bom awal pagi semalam dengan sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan itu awal pagi Jumaat.

Siasatan mendapati bakar jahat itu adalah bagi menimbulkan huru-hara di wilayah selatan pada bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI