fbpx

Ramai ‘rakus’ ambil makanan bufet, akhirnya terbuang atas meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Memasuki hari ke-12 Ramadan, ramai yang mengambil peluang berbuka di luar bersama keluarga dan rakan-rakan terutamanya menikmati juadah secara bufet kerana mempunyai pelbagai pilihan masakan dalam satu harga.

Namun, tinjauan Kosmo! di platform media sosial mendapati ramai juga meluahkan rasa kurang selesa dengan sikap pelanggan bufet yang gemar mengambil makanan secara berlebihan sehingga berlaku pembaziran.

Menurut pengguna Facebook, Syawati, dia memberitahu sudah tiga kali berdepan dengan pelanggan yang meninggalkan makanan dengan banyak di atas meja.

Katanya ada makanan seperti belum disentuh, namun dibiarkan secara membazir.

“Puasa kali ini, tiga kali saya berbuka di luar dengan keluarga, kami pilih konsep bufet sebab macam-macam boleh makan. Cumanya yang kurang berkenan apabila ada pelanggan yang masa ambil makanan seperti tiada hari esok, kalau kambing tu ‘menggunung’, setiap menu diambil secara berlebihan, dan akhirnya dibiarkan atas meja.

“Saya faham konsep bufet, awak boleh makan sebanyak mana awak suka tanpa limit, tapi bukan konsepnya awak boleh bazirkan sebanyak mana awak suka. Membazir itu kan amalan syaitan,” tulisnya dalam hantaran kelmarin.

Dalam pada itu, seorang pengguna X, Ziziee Noor pula berkongsi pengalamannya sebagai pemilik sebuah restoran yang menawarkan juadah berbuka secara bufet.

Katanya, daripada 10 pelanggan, pasti akan ada dua daripadanya sengaja membazirkan makanan disebabkan mahu menampakkan bayaran mereka berbaloi.

Meskipun sudah meletakkan notis ‘makan jangan sampai membazir’ di restorannya, namun masih ramai yang tidak mengendahkan saranan tersebut.

Dalam pada itu, di ruangan komen kedua-dua hantaran tersebut, pengguna lain dilihat bersetuju dengan pandangan yang diutarakan, meskipun terdapat beberapa individu menganggap tindakan terbabit adalah hak pelanggan kerana sudah membayar harga bufet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI