BARU dua minggu berpuasa, perang lagu raya sudah bermula.
Bukan lagu-lagu lama, sebaliknya lagu raya versi moden yang menjadi siulan ramai ketika ini seperti Pejam Celik Hari Raya nyanyian Iman Troye dan Raya Raya Raya (Dolla).
Terbaharu, beberapa penyanyi lain turut melancarkan lagu raya mereka seperti Ernie Zakri (HaHaHari Raya), Aisha Retno duet Aziz Harun (Ketipak Ketipung Raya), Jalan Jalan Hari Raya (Aina Abdul) dan Hael Husaini (Hari Raya)
Bagi segelintir individu, mereka masih menegaskan lagu raya lama lebih mempunyai ‘jiwa’ namun terdapat juga berpendapat lagu raya baharu mencetuskan rasa keseronokan hari raya.
“Lagu raya lama sentiasa menang. ‘vibe’ lain dan sangat mengimbau nostalgia.
“Tak nafikan lagu raya lama memang bagus tetapi beri peluang pada idea-idea baru, ada sahaja yang bagus,” komen netizen.
Malah rata-rata menyifatkan lagu raya baru pada tahun ini sangat bagus sehingga ada beberapa yang mula menjadi siulan dan trending dalam media sosial seperti Alamak Raya Lagi milik DeFam.