fbpx

Mayat lelaki rentung ditemui dalam kebun kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat tanpa identiti ditemui rentung di kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling, Merbok pada pagi semalam.

SUNGAI PETANI – Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam keadaan rentung di sebuah kebun kelapa sawit di Bukit Karung, Semeling di Merbok, di sini semalam.

Mayat mangsa yang terbakar lebih 90 peratus itu ditemui oleh seorang penjaga kebun buah-buahan kira-kira pukul 11 pagi semalam ketika sedang menghalau kera yang memasuki kebunnya.

Seorang penduduk yang tinggal berdekatan lokasi penemuan mayat itu yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan penemuan mayat itu sebelum bergegas ke lokasi tersebut.

“Mayat ditemui dalam keadaan meniarap dan dipercayai mati tidak sampai 24 jam lalu kerana belum berbau.

“Pihak polis yang datang ke lokasi kemudian membuat pemeriksaan dan membawa mayat untuk dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.

“Setakat ini kita klasifikasikan kes sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan hasil bedah siasat yang akan dijalankan di HSB esok.

“Kita juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu atau menghubungi balai polis berhampiran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI