fbpx

Kelengkapan hari raya antara nafkah perlu disediakan seorang bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang suami perlu menyediakan tiga nafkah apabila mereka mempunyai anak dan ia perlu ditunaikan.

Menjelaskan perkara itu, Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, salah satu nafkah itu adalah nafkah tahunan iaitu merangkumi kelengkapan untuk hari raya.

“Jadi, barang yang perlu disediakan oleh bapa adalah baju raya, kasut raya dan apa-apa-apa lagi keperluan hari raya.

“Ia mesti berasingan daripada nafkah bulanan yang patut diperolehi anak,” kongsinya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, nafkah kedua yang perlu disediakan seorang bapa kepada anaknya adalah nafkah bulanan.

Nafkah bulanan katanya adalah perkara yang perlu disediakan setiap bulan.

“Contohnya kita beli susu, lampin pakai buang, makan, minum, perubatan dan lain-lain yang menjadi keperluan bulanan anak tersebut,” katanya.

Tambah Fahmi, nafkah ketiga adalah perbelanjaan untuk persekolahan anak.

“Jika anak tersebut telah bersekolah, wajib untuk disediakan kelengkapan persekolahan seperi pakaian, yuran dan apa-apa keperluan lain.

“Ini juga mesti berasingan daripada nafkah bulanan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI