fbpx

Kelab Bundesliga minat Erik Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG melalui masa depan yang tidak menentu di Old Trafford apabila terdapat spekulasi mengenai pemecatannya. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag kini memiliki alternatif baharu apabila mendapat tawaran daripada beberapa kelab Bundesliga andai dipecat oleh pihak pengurusan pada penghujung musim ini.

Sebagai rekod, masa depan Ten Hag menjadi tanda tanya apabila The Red Devils gagal memberi cabaran yang diharapkan pada musim ini apabila menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan terkandas di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL).

Situasi tersebut menyaksikan pemilik baharu United, Sir Jim Ratcliffe mungkin akan memecat pengendali kelahiran Belanda itu dengan memberi peluang buat ketua jurulatih skuad kebangsaan England, Gareth Southgate untuk mengemudi pasukan.

Namun, saham serta reputasi Ten Hag masih lagi dipandang tinggi oleh beberapa kelab berpengaruh di Jerman dan mungkin akan menawarkannya jawatan serta-merta andai perubahan di pucuk kejurulatihan berlaku nanti.

Antara yang berminat adalah juara bertahan, Bayern Munich yang mahukan khidmat Ten Hag sekiranya gagal mendapat pilihan No. 1, Xabi Alonso untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Thomas Tuchel.

Selain itu, kelab Alonso yang dibimbing ketika ini, Bayer Leverkusen juga sangat meminati corak pengurusan Ten Hag dan bersedia untuk melakukan tawaran jika pengendali kelahiran Sepanyol itu berhijrah ke Bayern.

Difahamkan, pasukan Stuttgart juga menunjukkan minat untuk menandatangani Ten Hag andai pengendali, Sebastian Hoeness membuat keputusan untuk angkat kaki pada penghujung musim nanti. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI