PETALING JAYA – Rakyat Malaysia diminta tidak lupa kepada kesengsaraan sedang dialami rakyat Palestin semasa melakukan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jika sejuta umat Islam negara ini menjimatkan RM100 setiap seorang, maka RM100 juta dapat disumbangkan kepada Gaza.
“Jika sejuta muslim di negara ini dapat jimatkan RM100 untuk persiapan hari raya nanti dan disumbangkan kepada saudara kita di Gaza.
“Insya-Allah kita akan dapat sumbangkan RM100 juta untuk mereka. Ihsan untuk insan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Media melaporkan, seramai 30,320 penduduk Palestin terbunuh dan 71,533 yang lain cedera berikutan serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE