fbpx

Ibu bapa pelumba basikal heret KLCA ke SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL ibu bapa hadir memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda KLCA.

KUALA LUMPUR – Berang dengan tindakan Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) yang mengabaikan kebajikan terutama soal elaun pelumba dan juga pelbagai masalah lain melanda badan induk tersebut menyebabkan ibu bapa pelumba berkenaan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Nor Azila Ab. Razak yang hadir bersama ibu bapa pelumba serta juga bekas pelumba KLCA tampil membuat sidang media di ibu negara hari ini dan telah menjelaskan secara terperinci berkenaan kemelut yang dihadapi mereka sepanjang berurusan dengan persatuan induk negeri terbabit.

Katanya, mereka tidak lagi dapat mendiamkan diri dengan apa yang berlaku kepada anak-anak mereka diperlakukan dengan secara tidak terhormat sekali gus menuntut satu siasatan terperinci dibuat kepada KLCA.

WAKIL ibu bapa, Nor Azila Ab Razak hadir menjelaskan masalah yang melanda KLCA.

“Ya memang benar kita telah membawa isu ini ke SPRM untuk melakukan siasatan secara menyeluruh. Sememangnya kami tidak dapat menahan lagi apa yang telah berlaku terhadap pelumba-pelumba kami seperti masalah elaun dan perkara-perkara lain yang kini dalam proses siasatan pihak SPRM,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Azila turut berpendapat bahawa Datuk Ng Joo Ngan tidak lagi relevan dalam dunia kejurulatihan berbasikal hari ini selepas menyifatkan terdapat sifat pilih kasih dalam pemilihan dan rejim latihan yang ketinggalan zaman selain faktor usia yang kini mencecah 77 tahun turut menjadi persoalan.

“Sekarang dia (Joo Ngan) dah lebih 70 tahun, kita memerlukan jurulatih yang sentiasa peka dengan zaman terkini terutama penglibatan soal sains sukan serta menggunakan kaedah latihan terkini.

“Lebih mengecewakan atlet yang bersamanya turut dipinggirkan dari segi elaun dan hanya diberikan mengikut ‘mood’ dia. Malahan pelumba turut dinilai kerana bangsa dan pelumba-pelumba baharu ditinggalkan di tepi jalan tanpa notis keselamatan dan kebajikan,.

“Kami sebagai ibu bapa tidak boleh berurusan dengan cara begini dan kami perlukan seorang jurulatih profesional dalam menjalankan tugas.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, kebanyakan pelumba terkesan dengan isu pemberian elaun ini dan kita sudah merujuk kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) bahawa elaun tidak hanya kepada atlet Sukma (Sukan Malaysia) tetapi juga pelbagai elaun lagi termasuk setiap kali mengikuti kejohanan,” tambah Nor Azila. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI