fbpx

Harap rakyat fokus isu lebih besar – Nga Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (lima dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Dewan Perhimpunan Cina Perak pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Dewan Perhimpunan Cina Perak di Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

IPOH – Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming mengharapkan rakyat Malaysia memberi fokus kepada isu-isu lebih besar dan tidak terbelenggu terhadap perkara yang tidak membawa kebaikan.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai usaha meminda hak kewarganegaraan yang akan dibentangkan di Parlimen pada Isnin ini yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

Katanya, pindaan itu antara lain akan membolehkan anak yang dilahirkan oleh seorang wanita Malaysia, layak diberi taraf kewarganegaraan secara automatik berbanding sebelum ini, iaitu seorang lelaki atau bapa warganegara Malaysia sahaja.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, langkah tersebut merupakan reformasi institusi yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Saya harap rakyat akan fokus kepada isu-isu yang besar yang berkaitan dengan ekonomi negara, dan tidak lagi terbelenggu dengan isu-isu yang tidak akan membawa kebaikan atau pun perpaduan negara,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Kor Ming juga mengulangi bahawa kerajaan tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana individu yang menyalahgunakan lesen perniagaan PBT dengan menyewakannya kepada warga asing.

Jelasnya, sehingga kini lebih 26,000 lesen PBT dibatalkan dan 489 daripadanya merupakan kesalahan menyalahgunakan dengan memberi sewa kepada warga asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI