fbpx

Cair tengok Bront, Adi berbaju Melayu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMILIHAN Adi Putra dan Bront Palarae sebagai baju Melayu raya 2024 cukup menggoda mata peminat.

MEMANG bikin hati cair! Perasaan sebegitu yang dirasai ramai wanita selepas tular foto dan video dua pelakon, Datuk Adi Putra dan Bront Palarae menggayakan busana baju Melayu.

Difahamkan untuk kempen promosi sebuah jenama tempatan, gandingan dua hero Malaya itu ternyata ‘menjadi’ ketampanan mereka.

Paling lucu, ada wanita mahu menjadikan warna baju Melayu digayakan dua aktor itu sebagai tema raya mereka tahun ini.

“Amboi, senyuman Adi manis betul ya. Minum air kosong pun rasa manis.

“Dua pelakon ini, memang sesuai dengan definisi semakin tua semakin kacak.

“Kalau beli baju Melayu, dapat pakej dengan model sekali tak?” seloroh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI