fbpx

Anggota polis Kuala Lumpur maut dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, hari ini.

Mangsa berpangkat koperal berusia 34 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan kejadian tersebut pihaknya sedang mengesan sekumpulan lelaki yang berada di lokasi kejadian semasa berlakunya insiden tersebut.

Katanya, mereka berkemungkinan menyebabkan kematian lelaki terbabit.

“Anggota polis itu masih berkhidmat di Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Kes tersebut masih dalam proses siasatan dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat,” katanya pada sidang akhbar, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI