fbpx

Tiada lagi medium paparan penukar mata wang MYR di Google?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasil tinjauan di Google mendapati tiada medium paparan penukar MYR berbanding mata wang asing lain.

PETALING JAYA – Google dipercayai telah mengeluarkan medium carian yang membenarkan nilai semasa ringgit Malaysia (MYR) diperoleh.

Berbanding sebelumnya, orang ramai boleh mengetahui kadar pertukaran dikehendaki hanya dengan menaip mata wang asing seperti dolar AS (USD) ke MYR menerusi carian di Google.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Google, carian mata wang asing seperti USD ke Singapura dolar (SGD) atau Euro dolar (EUR) ke USD dan lain-lain, masih boleh diakses seperti biasa.

Selain itu, Google juga tidak lagi memaparkan graf yang menunjukkan perubahan nilai untuk tempoh tertentu MYR berbanding nilai mata wang asing lain.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Google Malaysia telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi ciapan di laman X rasminya atas kesilapan memaparkan kadar pertukaran USD-MYR yang diterbitkan di halaman kewangannya.

BNM sebelum itu menegaskan, data kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD-MYR diterbitkan Google pada 15 Mac lalu sebagai tidak tepat.

Menurut BNM, insiden itu adalah kesilapan kali kedua dalam tahun ini dilakukan Google dengan menerbitkan data kadar pertukaran USD-MYR yang tidak tepat.

Katanya, pihaknya sudah menghantar surat peringatan tegas kepada Google berikutan insiden salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari lalu itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI