fbpx

Stoking kalimah Allah: Saya ‘keyboard warrior’, tidak sangka sentuh sensitiviti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wai Long ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik akaun Facebook Chiok Wai Loong yang tular membuat hantaran bersifat jelik melibatkan isu penjualan stoking kalimah Allah minggu lalu dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Wai Long, 35, yang merupakan juruteknik aplikasi sosial selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 20 Mac lalu dan penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, Wai Long didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan nama profil “Chiok Wai Loong” pada 18 Mac 2024.

Hantaran itu kemudian telah dibaca dan dilihat pada hari yang sama pukul 3.00 pagi di daerah Brickfields di sini.

Semasa prosiding Wai Long yang tidak diwakili peguam merayu agar tidak dipenjarakan selain turut menyatakan ketika kejadian dia tidak berniat untuk menghina.

“Saya memang ‘keyboard warrior’ macam hobi tapi saya tidak sangka ia (posting) menyentuh sensitiviti, bukan niat saya untuk menghina,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan berhujah
bahasa isu berkaitan agama tidak boleh dipermainkan.

“Hantaran yang dibuat tidak sensitif terhadap agama Islam. Sebagaimana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang pemilik akaun Facebook ditahan di sekitar kawasan dekat Cheras di sini pada Rabu lalu susulan hantaran berunsur menghina Islam melibatkan isu penjualan stoking kalimah Allah baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain, berkata, suspek ditahan merupakan lelaki tempatan berumur 35 tahun dan merupakan pemilik akaun Facebook Chiok Wai Loong.

Terdahulu pihak KK Mart antara beberapa individu yang akan dipanggil polis untuk siasatan berhubung isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI