fbpx

Rasa nak muntah jumpa kain buruk dalam martabak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran tular di media sosial mengenai penemuan kain dalam martabak.

PETALING JAYA – Seorang wanita bukan sahaja terkejut malah loya tekak apabila martabak yang dibeli dari sebuah bazar Ramadan di Desa Pandan, Ampang, mengandungi secarik kain buruk.

Menurut hantaran yang dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Yuhaiza Hamid pada malam tadi, dia pada mulanya pelik martabak tersebut susah untuk dipotong kepada dua bahagian.

Pembeli tersebut kemudiannya terkejut malah satu keluarganya muntah setelah menemui secarik kain buruk sebesar tapak tangan yang berwarna kuning di dalam martabak itu.

“Assalamualaikum… Lillahitaala saya beli martabak di bazar Desa Pandan. Potong dua pelik tak boleh potong. Rupanya ada kain buruk. Allah..

“Ni kain buruk ke pelaris ni.. terus muntah kami sekeluarga. Saya bayar guna ‘QR code’ ya. Jadi memang ada bukti.

“Saya simpan esok nak jumpa dia. Cuma pada semua peniaga harap lebih berhati-hati,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran berbeza, Yuhaiza turut memuat naik video dia cuba mencuci kain tersebut bagi membuktikan kesahihan dakwaannya itu.

Sehingga kini hantaran tersebut mendapat lebih 500 tanda suka dan 480 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai terkejut dan berasa geli melihat kecuaian peniaga yang tidak cakna dengan kebersihan makanan dijual.

“Macam mana lah boleh jadi begini.. kecuaian betul. Harap dapat berdepan dengan penjual,” komen Nuraishah.

“Tak boleh fikir macam mana dia adun tepung dengan kain buruk tu. Dia tebar semua, dia bungkus takkan tak nampak,” komen Nurafiah pula.

“Semoga bukan kes khianat atau ilmu hitam apa-apa. Saya pernah kena beli mee goreng, kunyah-kunyah lambat hancur ingatkan kulit bawang sekali bukan kulit bawang tapi tali ikat plastik air tu. Terus loya tekak,” komen pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI