fbpx

Pencarian MH370 diputuskan Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony

PUTRAJAYA – Keputusan sama ada Malaysia bersetuju atau tidak untuk meneruskan pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diputuskan selepas pertemuan dengan Ocean Infinity pada awal Mei depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau sendiri akan bertemu dengan wakil firma penerokaan dasar laut itu bagi perbincangan lanjut mengenai kontrak dan cadangan misi pencarian itu.

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet hari ini juga tidak membincangkan mengenai perkara itu.

“Kita sudah ada temujanji dengan Ocean Infinity. Mereka akan datang untuk bentangkan cadangan mereka. Selepas mendengar pembentangan mereka, maka kita perlu buat kertas Jemaah Menteri.

“Kena faham bahawa prinsipnya (fokus pencarian) adalah ‘no find, no fee’ (tidak jumpa, tiada bayaran) jadi ada komitmen dan implikasi kewangan, maka itu memerlukan kelulusan Kabinet,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, setakat ini, pihaknya terpaksa menunggu dahulu cadangan daripada Ocean Infinity terutama fokus carian mereka barulah sebarang keputusan dibuat.

Sebelum ini, Loke dilaporkan berkata, kerajaan komited untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan pada 8 Mac 2014. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI