fbpx

Pemandu van sekolah tiada lesen bagi alasan sibuk, harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara van yang diperiksa JPJ dalam operasi itu.

SHAH ALAM – Tiada masa dan harga lesen memandu mahal menjadi alasan pemandu van persendirian yang menjalankan khidmat pengangkutan pelajar sekolah secara haram selepas ditahan pihak berkuasa di sekitar Selangor, kelmarin.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan berkata, Op Bas Sekolah itu dijalankan pihaknya secara statik dan rondaan bermula kira-kira pukul 2 pagi.

Jelas beliau, sebanyak 72 kenderaan bas sekolah diperiksa dengan 34 daripadanya dikenakan tindakan lanjut.

“Kesalahan yang dikesan dalam operasi itu antaranya enam kes tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh (8), tiada perlindungan insuran (6) dan salah guna cukai jalan (19 kes).

“Bagi kesalahan tiada lesen, pemandu van persendirian memberi alasan harga lesen memandu terlalu mahal dan mereka mendakwa tiada masa pergi belajar memandu kerana sibuk bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Azrin, tindakan dilakukan pihaknya mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI