fbpx

Lelaki ditahan miliki 16 laras senjata api tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas 16 laras senjata api tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu semalam. Foto IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Seorang lelaki ditahan dan merampas 16 laras senjata api tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)  Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, suspek warga tempatan berumur 27 tahun ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Polis berjaya merampas tujuh senjata api tiruan jenis rifel selain sembilan pucuk pistol, lima paket peluru, dua unit tong gas gun, dua unit pengecas, dua unit fast loader, 14 unit kelopak sniper, tujuh unit kelopak pistol dan seunit kelopak sniper.

“Suspek dan rampasan kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek mengakui senjata tiruan berkenaan adalah miliknya dan dibeli secara atas talian di Facebook.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 36  Akta Senjata 1960,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI