fbpx

Hukum pakai baju warna jingga di hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warna 'brick orange' dijangka menjadi warna pakaian pilihan orang ramai sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini. -FOTO MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Umat Islam dibolehkan untuk mengenakan pakaian berwarna jingga (brick orange) kerana ia tidak menyalahi agama.

Pencetus Ummah (PU) Salman Hafizahulllah berkata umat Islam boleh mengenakan pakaian daripada semua warna termasuk jingga (brick orange).

“Warna yang ada sekarang guna pewarna tiruan bukan pakai saffron atau safflower, jadi tiada masalah,” katanya di hantaran tersebut.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan hadis sahih Mazhab Syafie dan Hambali, haram bagi lelaki memakai kain yang dicelup saffron atau safflower.

“Kain yang dicelup dengan saffron atau safflower diharamkan untuk lelaki, namun dibolehkan untuk perempuan.

Terdahulu, tular di laman Facebook yang mengatakan haram bagi umat Islam memakai baju warna jingga (brick orange)

Dalam hantaran itu tertulis dari diriwayatkan Muslim dari Abdullah bin Umar, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ini adalah baju orang kafir, maka jangan dipakai,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI